03 October 2013

MESKIPUN BERKERUSI RODA - IDA NERINA KEMBALI AKTIF


Masih ingatkah anda pada kes dakwaan video dan kemalangan Ida Nerina dimana dia jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakangnya satu ketika dahulu? Apakah yang berlaku kepada beliau selepas bercerai dengan Sharin Blackrose dan di manakah beliau kini?

Semua persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Ida yang kini berkerusi roda bakal menjadi juri program Liga Lawak Superstar (LLS) yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 bermula Ahad ini. Turut bergandingan bersamanya ialah Vanida Imran dan Adlin Aman Ramlie.




Bagaimanapun, memandangkan ketidakupayaan Ida bergerak, pihak produksi akan membantu pelakon itu daripada segi pergerakannya.

"Kita tahu, Ida sudah lama tidak melibatkan diri dalam televisyen dan rasanya pasti ramai peminat merindui dia.

"Alhamdulillah, pada mulanya Ida seperti berfikir panjang untuk menerima tawaran ini tetapi akhirnya dia bersetuju untuk beri kerjasama," kata Afdlin Shauki selaku pengarah dan penerbitnya pada media di majlis pelancaran program LLS di Hotel Empire, Subang jaya, Selangor semalam.



Liga Lawak Superstar melibatkan seramai 16 selebriti itu dibahagikan kepada lapan kumpulan antaranya Kamal Adli, Iqram Dinzly, Syafiq Kyle, Akim Ahmad, Mikael Andre, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Aidil Aziz, Anas Ridzuan, Aman Nassim dan Zalif Sidek.

Ia juga melibatkan pelawak seperti Azlee (Senario), Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Ropie, Didie Alias dan Farouk Hussein terlibat sebagai mentor kepada peserta.




Antara mentor Liga Lawak Superstar (LLS)



No comments: