08 October 2013

SYAFIQ KYLE AKUI 'RAPAT' DENGAN JUE AZIZ


Setelah gosip mempunyai anak terlerai apabila aktres Jue Aziz, 30, (Zuliana Abd Aziz) mendakwa anak tersebut adalah anak angkat yang disusuinya, kini terlerai satu lagi gosip hangat!

Pelakon Syafiq Kyle akhirnya mengaku mempunyai hubungan rapat dengan Jue dan turut mengakui bahawa mereka pernah keluar bersama.

Gambar yang di upload sendiri oleh mereka di Instagram...



"Saya dengan dia (Jue) memang berkawan. Benar kami pernah keluar bersama dan perkenalan kami bermula selepas saya berkawan dengan pengurus peribadinya. Saya rasa tidak ada apa-apa masalah pun dengan hubungan itu kerana kami hanyalah teman rapat," katanya kepada media.

Pengakuan tersebut timbul apabila ada mata yang memandang dan mendedahkan bahawa Syafiq sering keluar dengan Jue. Lebih menguatkan gosip, mereka juga saling memuatkan beberapa foto di dalam laman sosial Instagram.



"Saya berharap peminat tidak memberi pandangan negatif terhadap pengakuan ini. Berilah saya sedikit ruang untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum," tambah Syafiq.

Apa yang nak disorokkan Syafiq? Kalau benar bercinta... berterus-terang adalah jalan terbaik daripada diketahui melalui mulut orang lain. Lagipun, memang untung sekiranya jadi kahwin dengan Jue sebab  aktres itu kini sudahpun mempunyai seorang anak angkat. Kira pakej la tu! Heh.



No comments: