17 October 2013

TARIKH NIKAH JUMAAT INI - DIANA AMIR


Jumaat ini bakal menamatkan teka-teki bilakah zaman solo Diana Amir, 27, akan berakhir apabila dia akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah.

"Pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth Sdn Bhd (MIG) akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini. Semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti," kata Diana kepada media.

Ketika bertunang pada 2012 - klik untuk imej besar..



Untuk info, Diana dan Mohd Habibbullah telah bertunang pada September 2012 dalam majlis tertutup di rumah keluarga Diana sendiri.

Terdahulu, Diana turut mengakui dia kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imej bertudungnya.



"Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian.

"Insyaallah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung saya akan terima," katanya di petik sebagai berkata.



No comments: