29 October 2013

VIDEO LAMARAN DIPANGGUNG - GIMIK FIZO PIKAT MAWAR


Tayangan video di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara, merupakan satu gimik pelakon Fizo Omar melamar kekasih hatinya Mawar Abdul Karim. Anak perempuan kepada pengasas tudung Fareeda itu awalnya tidak menyangka apa-apa, namun kemudian terkejut dengan gimik tersebut yang disifatkannya pelik.

"Fizo adalah cinta pertama saya dan sebelum ini saya tidak pernah bercinta kerana begitu dijaga oleh keluarga," akui Mawar, 24, kepada media.




Untuk info, mereka berdua baru-baru ini telah mengumumkan akan bertunang pada 9 November ini dan kemudian turut akan bernikah esoknya iaitu pada 10 November.

Kedua-dua majlis itu akan diadakan di kediaman Mawar di Country Heights, Kajang dan disiarkan secara langsung di TV9 menerusi ‘Nasi Lemak Kopi O’.



"Kedua-dua majlis akan disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi lemak Kopi O di TV9. Malah pada majlis pertunangan itu nanti akan ada sedikit kejutan manakala majlis pernikahan akan berjalan seperti biasa," katanya.

Waaahhh... ada kejutan lagi ke? Tapi jangan tayangan video lagi sudahlah. Ahak!





Klik untuk Tonton Video lamaran Fizo




No comments: