Apa yang menarik, Jalani telah memilih Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid sebagai isteri. Mereka mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Klik gambar untuk imej besar...

Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara tetamu yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida bersama suami, Norshila Amin yang merupakan penyanyi popular 80′an dan aktres Nur Aliah Lee.
Untuk info, majlis ini diadakan hampir genap sebulan selepas Raja Azmi berkahwin di Istana Budaya pada pertengahan Oktober yang lalu.

Namun tarikh sebenar perkahwinan pasangan ini masih tidak diketahui, tetapi ada khabar angin yang mengatakan Jalani berkahwin lebih awal daripada bekas isterinya. Allahualam.
Bagaimanapun, tahniah dan selamat berbahagia diucapkan.



No comments:
Post a Comment