11 November 2013

TAKZIAH - AHMAD BUSU KEMBALI KE RAHMATULLAH


Kalau sudah tiba masanya, tiada siapa dapat menghalang. Demikian jugalah yang berlaku terhadap pelakon dan pelawak Ahmad Busu yang popular menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Beliau meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib semalam.

Berita tersebut telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Kelang, Selangor.




Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Kelang dan dikebumikan pada sebelah pagi hari ini.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," kata rakan baik Allahyarham, pelawak Imuda, 53.



Untuk info, Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.

Kali terakhir myartis.com menemui Allahyarham ialah ketika majlis di Finas Ulu Klang, tetapi keadaan Allahyarham ketika itu sedikit sihat.

"Anak-anakpun dah besar dan berdikari. Malah rumah saya pun dah habis bayar dan saya tidak terikat dengan hutang lagi. Walaupun rumah kecil, namun saya bersyukur kerana tidak perlu berhempas pulas untuk mencari wang membayar hutang," ujar Allahyarham.

KLIK UNTUK BACA BERITA SEBELUMNYA...

No comments: