12 November 2013

ISU KAHWIN - AKHIRNYA ZUBIR MINTA MAAF PADA UMMI


Masihkah anda ingat dengan gosip Zubir Bipop dalam ruangan pojoknya di Berita Harian (BH) yang mendakwa Ummi Nazeera telah berkahwin rahsia dengan Aeril Zafrel? Gosip tersebut bagaimanapun bukan terbukti benar seperti yang berlaku pada Wawa, tetapi ia kini hanya sekadar gosip murahan semata!

Dan bagi menutup malu, dalam BH Ahad lepas, Zubir telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya. Namun, bolehkah permohonan maaf itu membersihkan nama Ummi dan Aeril yang sudah 'amat dalam tercemar'?




"Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk!" Demikian kata Zubir. Mudahkan.

Namun tidak diketahui mengapa Zubir meminta maaf pada Ummi tetapi tidak pada Aeril. Moga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai pedoman bahawa 'manusia tetap manusia' dan mereka tidak dapat lari darippada hukum Allah Yang Maha Kuasa.



Kerana apa yang mereka miliki kini tidak kekal selamanya. Kuasa dan pangkat hanya akan membuat mereka lupa diri disebabkan populariti yang tak seberapa.

Bak kata orang... sendiri mau ingat!



No comments: