12 November 2013

ASYIK MUNTAH & STIK - UJIAN HAMIL LIYANA JASMAY


Tentu ramai yang senyum apabila Liyana Jasmay yang kini hamil bulan ketiga mengadu sering muntah-muntah dan amat suka makan daging stik. Bukan apa, kata orang, kalau suka makan stik... itu tandanya nak dapat anak lelaki. Heh.

Tapi itu hanya tekaan sahaja, yang menentukan hanya Allah SWT. Mungkin bila dah buat scan ultrasound nanti, baru Liyana tahu apa jantina anaknya.



Ketika peringkat awal kehamilan, memang ada alahan. Namun, tidaklah seteruk apa yang Nana alami kebelakangan ini. Asyik nak muntah saja. Mujurlah suami Nana memahami. Dialah yang menjaga Nana dalam keadaan begini.

Sekarang, Nana menetap di Kuala Lumpur bersama keluarga. Suami datang setiap hujung minggu menemani saya berikutan dia perlu berada di Sabah kerana bekerja.



Kalau Nana sakit atau terasa perubahan dalam diri ini, Nana cepat-cepat mendapatkan maklumat melalui Google untuk pemahaman lebih jelas.

Melalui Google, Nana banyak belajar mengenai proses kehamilan selain membaca buku dan sebagainya.



Selalunya, ramai yang lebih selesa tidak ambil tahu soal jantina bayi mereka lebih awal. Selalunya, ibu bapa mahu ia menjadi kejutan.

Tapi bagi Nana, lebih senang tahu lebih awal sebab memudahkan untuk membuat persediaan seperti membeli pakaian dan hiasan bilik bayi kelak. 


No comments: