28 November 2013

JULIA PEREZ BANTU TANGKAP PEROMPAK


Meskipun sering dilanda kontroversi, namun pelakon Indonesia Julia Perez tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Malah kerana bantuannya juga, pihak polis di negara itu telah berjaya menangkap beberapa orang penjenayah merbahaya yang melakukan rompakan di Jakarta.

Untuk info, ketika kejadian Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe sedang memandu sendirian dan kebetulan terlihat perompak cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan. Dia dengan pantas selanjutnya telah melaporkan kejadian tersebut menerusi Twitter rasmi pihak polis Indonesia.




Bagaimanapun, dia yang ketakutan tidak berani untuk turun daripada kenderaannya kerana perompak berkenaan membawa senjata tajam, demikian lapor Portal Kapan Lagi.

Apa yang menarik, Jupe juga turut memberitahu pihak polis bahawa perompak berkenaan telah masuk ke sebuah kawasan semak selepas dia mengekori kenderaan mereka. Wah... berani betul Jupe ni, macam adegan dalam sinetron pulak.

Dan akhirnya, pihak polis yang pantas bertindak dengan laporan yang dibuat Jupe menerusi Twitter terus membuat serbuan dan telah berjaya menangkap penjenayah berkenaan. Mereka (pihak polis) amat berterima kasih atas maklumat pelakon itu yang sememangnya berani dalam membantu menumpaskan penjenayah merbahaya.

No comments: