28 November 2013

KERANA SEKOTAK ROKOK - AZAD JAZMIN TERIMA 13 JAHITAN


Merokok membahayakan kesihatan... dan ia terbukti benar apabila pelakon Azad Jazmin, 37, baru-baru ini menerima 13 jahitan. Semuanya gara-gara pelakon itu ketagih rokok dan ingin membelinya di sebuah kedai serba guna di Puchong tanpa mengetahui 'malang' yang bakal menimpa.

Mungkin akibat terlalu ghairah, tanpa disedari Azad hilang kawalan dan terjatuh ke dalam sebuah longkang sekaligus menyebabkan buku lali kanannya cedera.




"Akibat kejadian itu saya terpaksa menerima 13 jahitan. Doktor yang merawat saya ketika itu memarahi saya apabila mendapat tahu saya terjatuh selepas membeli sekotak rokok.

"Pelbagai perkara yang dia beritahu tentang bahaya mengenai rokok sehingga saya terlupa tentang kesakitan pada bahagian kaki," ujar Azad dipetik sebagai berkata.

Meskipun kena marah, namun Azad hanya mendiamkan diri tanpa memberi apa-apa reaksi ketika itu. Iyalah... orang dah salah takkan nak marah, lagipun apa yang dinasihatkan oleh doktor itu adalah benar. Ahak.

No comments: