08 November 2013

MAJLIS NIKAH - JOVIAN MANDAGIE & NINA HITUNG HARI


Jika sebelum ini Pereka Fesyen, Jovian Mandagie pernah menjadi hos untuk rancangan Mahligai Cinta terbitan TV3, tapi pada Disember ini Mahligainya sendiri pula yang bakal dibina. Ini kerana, Jovian khabarnya sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya tidak lama lagi.

Tarikh pernikahan yang kemungkinan pada 11.12.2013 itu bakal menyatukan Jovian dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina. Difahamkan, setakat ini mereka sedang menjalani sesi fotografi istimewa sebagai salah satu persiapan untuk majlis persandingan yang dirahsiakan lokasinya itu.




Malah sesi menyiapkan pakaian untuk para pengapit yang bakal mengiringi mereka berdua pada majlis hari bahagia berkenaan turut dilakukan.

Terdahulu, di laman Instagram Nina kelihatan mereka telah berkunjung ke sebuah pulau bersama-sama rakan terdekat bagi meraikan hari bahagia buat bakal pengantin. Ketika itu, Jovian sempat mengirimkan surat cinta kepada bakal isterinya itu sebagai melahirkan rasa kasih dan sayang serta sentuhan romantik mereka.

"Saya kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama Nina. Pihak kami akan mengadakan pertemuan bersama pihak media tidak lama lagi bagi mengumumkan majlis hari bahagia kami berdua itu," ujar Jovian.

GAMBAR-GAMBAR:



















 

No comments: