09 November 2013

TATOO MERAH GANTI GINJU DI BIBIR MANOHARA


Masihkah anda ingat dengan bekas isteri kerabat Kelantan, iaitu Manohara Odelia Pinot? Bukan apa, makin lama nampaknya Manohara makin 'tersasar bebasnya' apabila membuat pelbagai benda mengarut.

Terbaru, dia dikatakan mengambil langkah membuat tatu merah pada bibirnya agar dia sentiasa kelihatan merah, tanpa perlu menggunakan solekan. Heh.




Manohara membuat keputusan demikian selepas merasakan dia sukar memperuntukkan masa untuk menyolekkan wajahnya setiap kali keluar rumah. Kira terlalu sibuk sangat la tu!

"Saya seorang yang tidak boleh keluar rumah tanpa sebarang solekan di wajah. Kesibukan saya sebagai pelajar jurusan fesyen dan pelakon membuatkan saya tidak ada masa untuk meletakkan gincu pada setiap masa.



"Jadi rasanya, melakukan tatu adalah jalan penyelesaian yang paling mudah di mana saya tidak perlu berfikir untuk memakai gincu setiap masa.

"Pada mulanya saya agak takut untuk berbuat demikian, namun selepas bertatu, rasa sakit yang dialami tidaklah seteruk yang disangka," ujarnya dipetik melalui Kapanlagi.

No comments: