21 November 2013

NIKAH 11 DISEMBER - JOVIAN HANTAR KAD KAHWIN UNIK


Pereka fesyen dan pengacara, Jovian Mandagie akan mengahwini kekasih hatinya, anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri pada 11 Disember ini di Muzium Diraja Istana Negara lama, Jalan Istana Kuala Lumpur jam 3,00 petang.

Pengumuman perkahwinan tersebut telah dilakukan dalam sidang media khas bertempat di Alexis, Bangsar, Kuala Lumpur siang tadi.




"Kami bakal mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi pasangan pertama yang bernikah di situ, sebelum pihak muzium membuka pakej perkahwinan selepas ini kepada orang ramai.

“"Majlis resepsi sebelah Nina dan saya akan diadakan pada 14 dan 15 Disember di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur," katanya.

Untuk info, kad perkahwinan mereka berdua juga telah diedarkan kepada jemputan di mana di dalam kad khas itu ada diselitkan sebotol minyak wangi. Sehubungan itu, penerima menyifatkan ia adalah sesuatu yang unik dan jarang dilakukan oleh bakal pengantin.







No comments: