21 November 2013

BUKAN HAMIL, TAPI RADANG APENDIKS - ELLA


Memang kelakar apabila mengalami radang apendiks dan terpaksa menjalani rawatan apendisektomi tapi disangka hamil oleh segelintir pihak.

Tetapi itulah yang berlaku terhadap Ratu Rock Ella, 46, yang baru-baru ini telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks di Hospital Ampang Puteri. Mungkin akibat melihat Ella ke hospital, ada yang menyangka dia melakukan pemeriksaan kehamilan sebagaimana yang dilakukan oleh ibu-ibu hamil.




"Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu," ujar Ella dipetik sebagai berkata.

"Sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilan saya itu agaknya sekadar mengambil berat terhadap saya. Namun saya tidak menolak masih berharap agar rumah tangga segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna," tambahnya.



Untuk info, Ella ditemui media pada pertandingan akhir Ratu Rania di Studio 2, Astro Bukit Jalil semalam.

No comments: