26 November 2013

RM13 JUTA, 28 PENAJA - 'WEDDING OF THE YEAR' CHE TA & ZAIN SAIDIN


Ramai yang sudah sedia maklum bahawa tarikh nikah pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ialah pada 11 Disember ini di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor, manakala majlis persandingan pula pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City.

Pengumuman tarikh nikah dan sanding tersebut telah dibuat oleh pasangan ini semalam di Pusat Konvesyen Setia City, kepada pihak media.




Namun bukan majlis Perkahwinan yang mahu kami ketengahkan sekarang, tetapi tajaan bernilai RM13 juta yang mereka perolehi setakat ini. Dengan tajaan sebanyak itu, perkahwinan mereka disebut-sebut sebagai perkahwinan termahal selebriti sepanjang 2013.

Antara syarikat yang menaja mereka ialah Habib Jewels sebanyak RM10 juta selain 27 pihak penaja lain seperti Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photography, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering



"Saya tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggapnya sebagai rezeki perkahwinan saya dan Zain.

"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya.

"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu," katanya kepada media.

Untuk makluman semua, Rozita akan menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.

Mengenai aktiviti lakonan selepas kahwin, kata Rozita, dia akan lebih selektif dalam setiap tawaran lakonan yang diambil dan hanya akan berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

"Kiranya saya akan lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarga," ujarnya.


GAMBAR-GAMBAR PRA PERKAHWINAN













No comments: