28 November 2013

SURPRISE!! - JOHAN ASARI NAK KAHWINI LANA NORDIN


Masihkah anda ingat pada Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tentang impiannya yang mahu bersuamikan lelaki Melayu? Nah... berita terbaru tentang pelakon itu amat mengejutkan apabila Johan Asari, 27, tiba-tiba bercadang mahu melamarnya.

Awalnya ramai yang ingat Johan hanya berlakon atau mahu mencetuskan kontroversi baru, namun bila diselami kata-katanya, ternyata dia memang serius. Malah ramai peminat Shila Amzah yang rasa terkedu dengan niat Johan kerana sebelum ini mereka beriya-iya dikatakan bercinta!




"Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.

"Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.



"Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia mempunyai kelembutan tersendiri.

"Memang dia sendiri tekejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin," ujar Johan tanpa berselindung.

"Saya sudah bersedia menjadi suami dan saya juga direstui oleh keluarga Shila Amzah.

Lana ketika bercinta dengan lelaki mat salleh...


"Mereka memberi saya restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan-santun. Dia masih muda dan masih jauh perjalanannya. Dia bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakang," katanya sekaligus menutup kisah cintanya dengan Shila.

Bagaimanapun, dalam komen Shila di Twitter, dia ada mengatakan bahawa "Had enough of bullshit. Gotta get going... and move on sistah! Don't let any ediots bring you."

Namun tidak dapat dipastikan sama ada komen tersebut ditujukan pada Johan atau ia hanya sekadar komen biasa untuk pelawat Twitternya.

Klik gambar untuk baca...


No comments: