11 December 2013

11 GAMBAR - MALAM BERINAI CHE TA MACAM MALAM 'NIKAH'



Macam malam nikah!

Demikianlah kelihatannya malam berinai Rozita Che Wan yang 'berkepit' bak pengantin baru dengan Zain Saidin di Dewan N'Dah Shah Alam, Selangor semalam.

Klik gambar untuk imej besar...



Apa yang menarik, pelakon itu juga tampil menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta. Ahak!

Antara barangan kemas yang dipakainya ialah batu delima, tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan yang bernilai RM6.5 juta.

Artikel terdahulu:
Selepas berinai, dia kemudian memakai set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.



Untuk info, kira-kira 200 tetamu hadir di majlis tersebut iaitu ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis. Antara artis yang hadir itu ialah Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.

Selepas majlis berinai itu, mereka berdua akan dinikahkan pula hari ini kira-kira jam 8,00 malam di Pusat Konvensyen Setia City.





















No comments: