11 December 2013

ISU SAMAN - SELEPAS 5 SEN, RABECCA TERIMA WANG RM1



Setelah penat berperang dalam laman sosial, Rabecca Nur Al-Islam yang sebelum ini menerima syiling 5 sen berjumlah RM11,200 yang agak berat, akhirnya menarik nafas lega. Ini kerana, lawannya iaitu Erma Fatima dengan 'murah hati' telah menggantikan wang 5 sen itu kepada wang kertas RM1 dalam jumlah yang sama hari ini.

Artikel terdahulu:
"Mengalah tidak bererti kalah. Pagi tadi firm lawyer saya menerima wang kertas RM1 ringgit pula dari pihak Puan Fatimah Rahmad. Tidak mengapa jika cara itu boleh memuaskan si hati insan yang bernama Fatimah Rahmad. Saya redha. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad.. Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahu pun keburukan. Syukur Alhamdulillah," ujar Rabecca seolah memulang paku buah keras.



Tak mengapalah Rabecca, wang RM1 tu lebih ringgan berbanding syiling. Mungkin agaknya niat Erma hanya mahu kamu memegang wang dalam 'jumlah' yang banyak. Oleh itu, banyakkanlah bersabar dan bersyukur dengan rezeki yang ada. Yang penting, bersangka baik! Heh.

Note seringgit yang diterima Rabecca
Klik gambar untuk imej besar...




Syiling 5 sen yang dibayar oleh Erma sebelum ini...




No comments: