30 December 2013

BEKAS KEKASIH 'NASIHAT' JOHAN ASARI 'DON'T PLAY PLAY'



Don't Play Play!

Ayat tersebut amat popular dalam siri sitkom Phua Chu Kang tidak lama dahulu. Kini, Izreen Azminda iaitu bekas kekasih Johan Asari turut menasihatkan Johan agar berhenti daripada memainkan perasaan wanita atau dalam bahasa lucunya 'don't play play'.

Artikel terdahulu:
Kata Izreen, kalau Johan rasa dirinya belum bersedia untuk serius bercinta, jangan bercinta dahulu. Johan sepatutnya mengambil masa dalam sesebuah hubungan agar dia tidak terperangkap dengan kata-kata sendiri..




"Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.

"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.

Kenangan 2011 ketika umum perpisahan dengan Johan


"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," ujarnya dipetik sebagai berkata semalam.

Untuk info, inilah kali pertama dalam ramai bekas kekasih Johan 'berani' mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin. Kerana yang lainnya, semua tutup mulut kerana enggan komen atau enggan melibatkan diri mereka dalam kemelut itu.

Klik gambar untuk imej besar...


"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing. Dia juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain," tambahnya.

Izreen dan anaknya Muhammad Adrian


Mengimbas kembali kisah cintanya sekitar 2011, kata Izreen dia sudah melupakan semuanya (hubungan dengan Johan) dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang. Ini kerana, nasib Izreen sama seperti Lana apabila Johan menafikan mereka bercinta tetapi sebaliknya menganggap Izreen hanya sebagai 'kawan rapat' sahaja.

Bagi yang tidak tahu, Izreen kini telah pun selamat bergelar seorang ibu pada 13 Julai 2013 lalu. Anaknya bernama Muhammad Adrian Umar.


No comments: