29 December 2013

DIFITNAH BERKHALWAT - NEELOFA KESAL & MARUAH TERCALAR



Dapatkan maklumat yang betul dan jangan menyebarkan fitnah!

Demikian nasihat Neelofa, 24, kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menuduhnya ditangkap khalwat pada khamis lalu. Tuduhan tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruahnya kerana tanpa bukti kukuh, malah membuat dia kesal dengan sikap segelintir pihak yang bergelar 'wartawan'.

Artikel terdahulu:
"Saya kesal dengan laporan yang dikeluarkan tentang perkara itu tanpa sebarang bukti kukuh sebelum menuduh.




"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak mengetahui tentang hal tersebut sehingga ia tersebar. Berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.

"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya.



"Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih," tambahnya yang turut menegur tindakan segelintir pihak yang tidak mendapatkan maklumat yang sahih sebelum menulis sesuatu artikel.

"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis," katanya dengan nada kesal.

Klik gambar untuk imej besar...


Terdahulu, pengurus kepada Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip dalam satu laporan pada Sabtu menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan ada ditangkap khalwat seperti didakwa.

Menurutnya, pada malam Neelofa dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani pelakon itu hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di restoran terkemuka di Kuala Lumpur sehingga sehingga pagi.

"Neelofa kemudiannya bergegas pulang ke rumah untuk mengemas barang dan bersiap-siap kerana perlu ke lapangan terbang pada 5.30 pagi dan berangkat ke London empat jam kemudian," dakwanya.



No comments: