21 December 2013

BERTEMU KELUARGA - NUR FATHIA & AIMAN BAKAL KAHWIN?



Nur Fathia Abdul Latiff merupakan wanita pertama yang dibawa bertemu keluarga. Rahsia yang selama ini tersimpan rapi akhirnya diceritakan oleh Aiman Hakim Ridza, 24, yang kemungkinan mahu membawa hubungan mereka ke fasa baru iaitu perkahwinan.

"Kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.




"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, bila ditanya status hubungan mereka (serius bercinta atau bakal kahwin), Aiman enggan berterus terang mengenai perkara itu. Alasannya, dia harus menjaga hati orang lain terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, pengajaran dan pengalaman silam telah banyak membuat dia lebih berhati-hati dalam sesebuah hubungan. Mungkin dia tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' agaknya. Heh.

Selanjutnya bila diajukan pula soalan mengenai 'kekasihnya' itu 'bersahabat rapat' dengan jejaka lain, kata Aiman dia tidak berhak menghalang.

"Nur Fathia lebih tahu tentang apa yang dia lakukan dan saya tiada hak untuk menghalangnya kerana saya bukan suami dia," tambahnya seolah tidak cemburu.

No comments: