Nampak ceria sungguh Erra Fazira ketika mendukung anak Betty Banafe yang baru berumur beberapa hari ini. Aikkk... macam impikan anak kedua dan nak bagi adik untuk Engku Aleesya je?
"Alhamdulillah syukur.. congratulations mummy Betty.. welcome baby Julia... luv both of you," ujar Erra sambil mendukung erat baby Julia.

LIYANA JASMAY
_________________________________________
Sejak mengakui diriya hamil, Liyana Jasmay nampak lebih happy dan jelas terserlah seri perempuan yang sedang mengandung. Malah perutnya juga sudah kelihatan membesar sebagaimana kebiasaan kandungan yang berusia lebih 3 bulan.
Namun begitu, pelakon yang juga isteri kepada Fathudin Mazlan itu tetap aktif ke sana ke mari melakukan pelbagai aktiviti seninya. Dan baru-baru ini, Liyana sempat hadir ke majlis bertemu kelab peminatnya sambil bermesra dan menikmati juadah bersama mereka.



__________________________________________
NOH HUJAN & MIZZ NINA
Gelagat Noh Hujan dan Mizz Nina sejak isterinya itu mengenakan hijab hampir sebulan lalu. Iyalah... suami mana tak sayang isteri ya tak? Tambah-tambah bila isteri selalu menyokongnya dan sanggup berubah demi keluarga tercinta.
"Is so beautiful," puji Noh pada Mizz Nina yang dipanggilnya 'Sayang'.




No comments:
Post a Comment