06 December 2013

HAMIL 5 BULAN - LINDA HASHIM KETAGIH AIR ZAMZAM



"Sejak mengandung hanya air zamzam sahaja yang mampu buat saya hilang dahaga. Biarpun rasa air zamzam agak payau namun saya rasa puas selepas meminumnya," demikian kata pelakon Linda Hashim, 29, yang ketagih air zamzam ketika hamil.

Artikel terdahulu:
Menurut pelakon itu, dia meminum air zamzam pada setiap hari yang diibaratnya sebagai penawar untuk menjaga kandungan. Malah dia merasa lega dan makin yakin apabila meminum air tersebut sejak hamil lebih lima bulan lalu.




Akibat keinginan Linda itu, suaminya Beego terpaksa menempah dua botol air zamzam seberat 10 liter setiap bulan.

"Oleh kerana agak sukar untuk ditemui, Beego sudah buat tempahan setiap bulan di sebuah kedai iaitu dua botol air yang mana setiap botol kandungannya ialah 10 liter," katanya kepada media.


Linda dan Beego di majlis nikah Imam Muda Naufal
Klik gambar untuk imej besar...



"Alhamdulillah, semuanya saya jalani dengan mudah ketika mengandung. Tiada banyak ragam atau alahan. Semua makanan boleh saya makan. Hanya Beego sahaja yang susah hati melihat keadaan saya dan terlalu mengambil berat soal pemakanan saya.

"Dia tidak benarkan saya makan makanan ringan dan yang berasa masam," tambahnya.

Untuk info, meskipun ada yang meneka Linda hamil anak lelaki kerana perutnya besar, namun imbasan pertama yang dilakukan oleh doktor menyatakan jantina bayinya adalah perempuan.


No comments: