06 December 2013

KALAH SAMAN - HARUN SALIM BACHIK IKUT JEJAK ERMA FATIMA?



Selepas Erma Fatima baru-baru ini tidak menghalalkan wang saman yang dimenangi oleh Rebecca Nur Islam, kini pelakon Harun Salim Bachik mengikut jejak langkah yang sama. Semuanya gara-gara dia terpaksa membayar kos ganti rugi khas kepada Seniman serta kos tindakan kepada pihak plaintif dengan jumlah keseluruhannya RM30,000.

Berita berkaitan:
Kata harun, dia rasa sedih dan kecewa sebab turut disaman kerana dituduh terbabit dengan penyelewengan padahal pada hakikatnya tidak sama sekali. Dakwanya, dia tidak menyalahgunakan duit persatuan.




"Saya buat keputusan untuk redha atas apa yang berlaku dan akan membayar segala kos seperti yang ditetapkan mahkamah. Saya bayar bukan bererti saya salah tapi saya tak nak perkara ini berpanjangan. Alhamdulillah, rezeki saya ada, jadi dengan duit yang saya kumpul selama ini saya akan bayar balik.

"Apapun, saya tak akan halalkan orang yang guna duit ini. Benda ini hasil usaha keras saya selama ini dan tak semena-mena saya nak bayar kepada orang lain. Ia sudah tentu tidak adil buat saya,” katanya yang pernah menjadi Presiden Seniman sebelum ini.

Persoalannya sekarang, mungkinkah Harun akan turut membayar menggunakan wang syiling 5 sen sebagaimana yang dilakukan oleh Erma? Atau mungkinkah harun akan hanya menggunakan sekeping cek sahaja. Sama-samalah kita tunggu. Ahak!

No comments: