06 December 2013

6 GAMBAR - FARAWAHIDA GEMURUH TUNGGU NIKAH 16 DISEMBER



Disember... bulan perkahwinan artis seperti Rozita dan Zain, Jovian dan Nina, Wan Maimunah serta tidak ketinggalan ialah Farawahida yang akan mengahwini Abdul Shukur. Meskipun perkahwinannya tidak sehebat Che Ta yang mendapat tajaan kira-kira RM13 juta, namun Fara tetap bersyukur kerana dia kini sudah masuk ke persiapan terakhir majlis perkahwinannya itu.

Artikel terdahulu:
"Saya kini sedang sibuk menyiapkan persiapan akhir untuk menanti hari bahagia. Sejujurnya, saya tidak langsung fikir apa-apa mengenai hari perkahwinan yang bakal tiba kerana saya sangat sibuk," ujarnya pada media.




"Tapi selalunya apabila hendak masuk tidur barulah saya terfikir saat itu makin hampir. Saya bakal menjadi isteri orang. Tiba-tiba rasa gemuruh itu datang," jelasnya yang akan bernikah pada pagi 16 Disember ini di Sentosa Villa, Taiping, Perak.

Mengenai persiapan perkahwinan, menurut Fara, ia sudah siap sebanyak 90 peratus. Malah pakaian perkahwinanya telah direka oleh Syarakim serta Wan Azlan Zainurin Couture dan Jimmy Couture untuk majlis resepsi.

"Persiapan untuk berkahwin telah siap sebanyak 90 peratus dan hampir 80 peratus diselesaikan oleh perunding perkahwinan saya. Walaupun begitu, idea asal semuanya datang daripada saya. Saya tidak sabar menanti hari bahagia itu," tambahnya penuh debaran.

Kad kahwin Fara...




Barangan tajaan penaja...




Jurugambar yang akan merakam saat bahagia Fara...


No comments: