06 December 2013

GAGAL BERCINTA - MIERA LEYANA TAK PUTUS ASA



Percintaan dengan Shahrizal Jaszle yang hampir setahun merupakan cinta paling lama dalam hidup Miera Leyana berbanding lelaki lain sebelum ini. Hal ini diakui sendiri olah Miera di mana hubungan cintanya dengan lelaki lain selalunya tidak sampai enam bulan sahaja.

Artikel berkaitan:
Ini kerana, semuanya kini hanya tinggal kenangan apabila hubungan cintanya dengan Shahrizal putus pada awal tahun 2012. Dakwa Miera, semuanya gara-gara dia sibuk dengan pekerjaan.




"Saya rasa, hubungan cinta saya dengan Shahrizal adalah yang paling lama. Kalau tidak, setakat ini, beberapa lelaki yang menjalinkan percintaan dengan saya hanya mampu bertahan tidak sampai enam bulan pun.

"Nak buat macam mana, mereka tidak tahan dengan cara kerja saya yang tidak tentu masa.

"Dalam hal ini, saya mengambil hal itu sebagai perkara positif dengan menyifatkan kegagalan saya dalam bercinta mungkin kerana belum bertemu dengan lelaki sesuai," katanya kepada media.



Seterusnya, dia berharap tiada pihak yang akan membuat spekulasi berhubung kisah cinta lama mereka apabila mereka kini bekerjasama dalam filem Rentaz. Katanya, kisah cinta mereka hanya kisah lama dan berharap tiada sesiapa yang mengungkit semula kisahnya.

"Lagipun kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama kerana kami profesional dalam kerja dan pastinya akan mengikut acara-acara promosi filem tersebut," ujarnya.

No comments: