27 December 2013

KELUARGA JOHAN ASARI NAFI 'HALANG CINTA' LANA NORDIN



Drama demi drama dapat kita lihat hasil daripada episod 'cinta terlarang' yang melibatkan Johan Asari dengan 'gadis malang' Lana Nordin. Terbaru, wakil keluarga Johan iaitu kakaknya Farah Alya Asari mendakwa mereka sekeluarga tidak pernah menghalang 'percintaan' Johan dan Lana.

Artikel terdahulu:
Apa yang mereka tekankan hanyalah Johan perlu mengenali hati budi Lana sekiranya Johan benar-benar ingin mengahwininya. Tambahan pula, mereka masih terkejut dengan keputusan mendadak Johan yang kelihatan terburu-buru membuat keputusan.




"Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun, kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

Gambar Lana terbaru - Klik untuk imej besar


"Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana," ujar Farah dipetik sebagai berkata kepada media.

Waahhh... hebat juga penangan kisah Johan dan Lana ni ya? Tapi, siapa betul dan siapa salah tak siapa yang tahu. Sebagai orang atas pagar, kita hanya mampu dengar dan kemudian membuat kesimpulan dan penelitian sendiri yang mana kita mahu sokong. Tak gitu?


No comments: