03 December 2013

KEMELUT RUMAH TANGGA - ZAHNITA WILSON FAIL CERAI



Akhirnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, selepas hanya lapan tahun berkahwin. Perkara tersebut disahkan oleh Zahnita yang memberitahu tuntutan tersebut telah diserahkannya pada 18 November lalu.

Menurut model popular itu, dia sudah banyak kali cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Malah dia juga pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun ianya tetap gagal.




“Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimana pun, saya menganggap ini mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.

“Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna untuk membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, isu rumah tangga Zahnita dan suaminya Zackery menjadi bualan hangat beberapa tahun lalu disebabkan mereka tidak sehaluan lagi. Namun dakwa model itu, usahanya untuk menyelamatkan kemelut dalam rumah tangganya tidak berhasil.

No comments: