13 December 2013

KES SKANDAL - LAPORAN BAHARU DIBUAT TERHADAP ADI PUTRA



Satu sidang media khas telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur oleh pasangan Amiruddin Othman dan Noraida Abd. Mutalib yang mendakwa penyiasatan awal terhadap kes skandal yang melibatkan pelakon Adi Putra tidak telus.

Menurut mereka juga, kes itu harus disiasat semula meskipun telah dianggap sebagai no further action (NFA) atau tiada tindakan lanjut.

Noraida Abd. Mutalib



Malah peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan mendakwa, pegawai penyiasat kes itu Inspektor Fergie Anak Dim seolah tidak telus dalam penyiasatannya. Oleh yang demikian, satu aduan tatatertib telah dilakukan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini terhadap pegawai tersebut. Ia bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu.

"Pihak kami melihat Inspektor Fergie dipercayai menjalankan tugas siasatannya secara tidak profesional dan tidak telus.

"Lebih-lebih lagi kami melihat dia bergambar dengan Adi seolah-olah merupakan sebahagian peminat pelakon berkenaan.

Pasangan ini menunjukkan laporan polis yang dibuat...


"Dan menerusi aduan tersebut, pihak kami ingin membuka kembali pendakwaan kes terhadap Adi selepas berasa tidak puas hati dengan keputusan NFA yang diberi," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu menurut Muhamad Hasif, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan yang mungkin lebih relevan. Antaranya ialah menukar Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan, 'memikat wanita yang sudah bersuami'.

"Kawan-kawan dah benci saya kerana kes ini di mana sebagai suami saya tidak perlu membantu isteri yang membuat kesalahan.

"Tetapi saya anggap setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka ada peluang kedua untuk berubah, begitu juga dengan isteri saya.

"Cuma, sudah alang-alang kes ini berjalan, saya akan teruskan sehingga ia membuktikan apa yang kami dakwa terhadap suspek adalah benar," katanya.

Sidang akhbar Adi Putra semalam


Untuk info, semalam pihak peguam Adi Putra telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.

"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai.

"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Adi dalam sidang media yang diadakannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

No comments: