31 December 2013

LUAHAN RASA - JOHAN ASARI MINTA MAAF



Selepas kontroversinya dengan Lana Nordin menjadi bom atom dalam industri hiburan tanahair, ramai yang menyalahkan Johan kerana didakwa terlalu 'gopoh'. Malah sikap tidak matangnya juga turut dikritik oleh segelintir pihak yang menuduhnya mempermainkan hati wanita... dan tak ubah umpama 'playboy' Malaya.

Bagaimanapun, kita tidak tahu sejauh mana kebenaran realiti 'hukuman mati' yang telah dijatuhkan terhadap Johan. Mungkin juga kita tersalah hukum. Atau mungkin juga Johan ibarat 'musang' yang tersalah masuk reban.

Klik gambar untuk imej besar...



Untuk tidak bersikap 'bias', jom kita baca luahan hati Johan yang seolah benar-benar insaf dan dengan ikhlas membela diri daripada pelbagai tuduhan. Bak kata mahkamah, 'you are innocent until proven guilty'. Tak gitu?


LUAHAN JOHAN

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menyalahkan sesiapa sahaja, sebaliknya aku akan terus bermuhasabah diri kerana aku juga insan yang akan di hisab di akhirat kelak.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menggunakan agama demi kepentinganku sendiri kerana orang sebegitu tempatnya di neraka yang paling bawah, neraka jahannam.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk mempermainkan hati-hati wanita kerana aku lahir dari perut seorang ibu. Darjat seseorang ibu itu lebih tinggi berbanding dengan seluruh wanita di dunia mahupun bidadari2 syurga.

Hidup ini adalah ujian..
Andainya aku telah melukakan hati sobat semua, jadi maafkanlah dengan setulus ikhlas kerana aku adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Senyum selalu sobat2 ku.️ assalamualaikum


Johan bergambar dengan 'rakan2' selepas teater...


Gambar terkini Lana Nordin



No comments: