14 December 2013

PERKAHWINAN 'EMAS' - WAN MAIMUNAH SELAMAT NIKAH



Usia bukan penentu kebahagiaan rumah tangga. Malah dalam usia emas sekalipun seseorang itu mampu mengecap bahagia sekiranya kasih sayang yang disemai itu tulus tanpa mengira darjat.

Artikel terdahulu:
Dan semalam, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, telah selamat bernikah pada jam 8.30 malam dengan Makpol Saimon, 53, tanpa sebarang mas kahwin berbentuk wang ringgit. Cukup dengan membimbing ke jalan Allah SWT sahaja.




Mereka berdua dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan di Tropical Inn, Johor. Wan Maimunah berwalikan adiknya, Wan Hamzah selamat menjadi isteri Makpol dengan hanya sekali lafaz.

“Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

Klik gambar untuk imej besar...


“Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami,” ujar Wan Maimunah sebagai berkata.

"Saya tidak menghalang isteri saya untuk terus aktif dalam bidang seni malah menyerahkan kepadanya untuk membuat pilihan.



“Pada saya, ianya telah tertulis oleh ALLAH untuk kami bertemu dan menjadi pasangan suami isteri, seperti juga pasangan lain kami berdua turut berharap supaya perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat,” kata Makpol pula.

Tahniah diucapkan!




No comments: