04 January 2014

15 HARI KAHWIN - ARIL AF7 & PUTERI ERMA TERPAKSA 'BERPISAH'



"She came back to KL just for 1 night, and now she has to flying off back to her base, i'm gonna miss you wifey," begitulah ayat rindu penyampai radio ERA, Khairil Azam Pilus, 28, atau Aril AF7 yang sering berjauhan dengan isterinya selepas berkahwin.

Artikel terdahulu:
"Bye Malaysia, till we meet again next time! Kami isteri-isteri yang terpaksa tinggalkan suami demi tugas," demikian pula kata isteri Aril, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, yang bekerja dengan syarikat penerbangan Arab Saudi.




Nampaknya, mereka berdua dipisahkan antara dua benua gara-gara tugas paling mencabar yang memerlukan pengorbanan. Malah keindahan dan kemanisan perkahwinan sering terganggu disebabkan mereka tidak tinggal sebumbung.

Dan hasil tolak ansur serta perbincangan antara mereka, hasilnya Erma bakal menetap di Malaysia semula tidak lama lagi. Sebelum ini, Erma menetap di Jeddah kerana tugasnya sebagai pramugari yang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga.

Bye-bye sayang!! Klik gambar untuk imej besar...


"Lepas nikah hari tu, isteri saya terus kena pulang ke Jeddah. Nak buat macam mana. Dah tuntutan kerja.

"Namun Insya Allah, dalam tempoh 3 hingga 4 bulan yang akan datang, dia akan kembali menetap di Malaysia.

"Bukan sebab dia berhenti kerja, tetapi sebab tidak lama lagi syarikat penerbangan Arab Saudi akan membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur. Jadi, isteri saya sudah pun membuat permohonan untuk bekerja dengan syarikat penerbangan tersebut di Malaysia," ujar Aril bersemangat.



Tambah Aril, dia memang tidak sabar menunggu detik itu kerana mereka bercadang akan terus menetap di rumah peninggalan arwah abangnya, Izwan Pilus.

"Sekarang ni nak plan cuti bulan madu pun tak boleh lagi. Insya Allah, tunggulah bila resepsi kami di Kuala Lumpur selesai nanti. Kami cadang nak buat di Saloma Bistro sekitar Mac nanti.



"Namun, tarikhnya masih tidak ada lagi. Yang penting, resepsi di Saloma Bistro ini saya adakan khas buat kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta pihak media dan hanya yang dijemput saja boleh datang," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Aril menikahi Puteri Erma di Wakaf Che Yeh, Kelantan pada 20 Disember 2013 berwalikan bapa Erma dengan mas kahwin RM15,000 serta sembilan dulang hantaran berbalas sembilan.





Erma ketika pulang ke Jeddah meninggal Aril baru-baru ini...


Kami isteri-isteri yang terpaksa tinggalkan suami - Erma





No comments: