06 January 2014

4 GAMBAR - PERKAHWINAN ADILA, ANAK ZAITON MOHD JIWA



Gambar perkahwinan Zetty Adila Datuk Ramly, 27, dengan Dziya Syazwan Datuk Mahmud Fauzi, 29, yang diaturkan oleh keluarga. Meskipun bertunang pada 17 Ogos 2013, namun perkahwinan telah dipercepatkan pada tahun baru (1 januari 2014) di Hotel Shangri La Kuala Lumpur.

Untuk info, Adila adalah anak bongsu kepada penerbit drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Turut hadir ke majlis itu ialah Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Klik gambar untuk imej besar...



Majlis perkahwinan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis popular seperti Ann Abdullah, Rozie Rashid, Black Mentor dan ramai lagi.

"Alhamdulillah saya semakin bahagia. Kami masih menyesuaikan diri sebagai suami isteri, namun apa yang boleh dikatakan, suami seorang yang sangat menyenangkan. Siapa sangka kami akhirnya disatukan kerana kami kenal dari kecil disebabkan ibu bapa kami kenalan lama.



"Kami tak pernah rapat sehingga berjumpa semula di hospital sewaktu suami melawat pak cik saya. Sejak itu, kami kerap berhubung dan Alhamdulillah kini sudah selamat bergelar suami isteri," katanya yang turut bertugas sebagai Penerbit Eksekutif di syarikat ibunya iaitu Global Station.

Sementara bagi ibunya Zaiton, dia gembira kerana Adila menerima jodoh yang diaturkan oleh keluarga. Menurutnya, mereka sudah kenal dari kecil, tapi terpisah kerana Dziya Syazwan melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia.



"Mereka sebenarnya kerap juga berjumpa di majlis kenduri kendara dan majlis hari raya, tapi tiada apa-apa perasaan. Akhirnya keluarga menantu buka mulut bercadang menjodohkan mereka berdua dan saya bersetuju kerana ini idea yang baik.

"Tambah lagi kedua-dua mereka masih solo. Dari situ, mereka seterusnya berkawan untuk proses mengenali hati budi dan syukurlah kedua-duanya kini bergelar suami isteri," kata Zaiton yang bakal mengadakan majlis resepsi anaknya di hotel sama pada 11 Januari ini.



No comments: