15 January 2014

USIA 41 TAHUN - DIDIE ALIAS HAMIL LAGI



Pelakon, pengacara dan pelawak Didie Alias dilaporkan kembali hamil mekipun usianya kini sudah menjangkau 41 tahun. Untuk info, Didie kini mempunyai lima orang anak termasuk seorang lelaki, iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

"Saya dan suami, Norisham Ismail, berasa begitu gembira apabila mendapat tahu tentang kandungan tersebut.

Klik gambar untuk imej besar



"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali.



"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," kata Didie yang enggan menaruh sebarang harapan berkenaan jantina bayi yang sedang dikandungnya itu, Dia menyerahkan segala-galanya pada rezeki Allah.


No comments: