15 January 2014

BELI BARANGAN HANTARAN - FIZZ FAIRUZ NAK KAHWIN ALMY NADIA?



Mungkin ada yang rasa muak mendengar kisah cinta antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang telah menyambung kembali percintaan mereka. Semuanya gara-gara Fizz yang awalnya mengikat tali pertunangan dengan isteri orang secara mengejut, sebelum pulang kepangkuan Almy semula.

Artikel terdahulu:
Dan baru-baru ini, Fizz mengumumkan berita gembira apabila dia akan mengahwini Almy... namun tarikhnya masih menjadi teka-teki. Mungkinkah ia sekadar gimik atau sekadar mahu mengambil hati peminat?





Bagaimanapun, diam tak diam, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin baru-baru ini dilihat telah membeli beberapa barang hantaran untuk majlis perkahwinannya. Namun kami tidak tahu sama ada Fizz sahaja bergurau di Instagramnya atau memang serius mahu menikah.

"Mari beli barang hantaran," komennya digambar tersebut.

Klik gambar untuk imej besar


Harap-harao jadilah kali ni ya tak? Bukan apa, kasihan melihat Almy yang menunggu buah tak jatuh. Bak rangkap pantun ini, Kalau padi katakan padi, tidaklah aku tertampi-tampi, kalau jadi katakan jadi, tidaklah aku ternanti-nanti.

Almy - kekasih setia



No comments: