15 January 2014

HAFIZ HAMIDUN & 'SECRET ADMIRER' - SIAPA JODOH HELIZA HELMI?



Umum memang sedia maklum bagaimana hasrat Hafiz Hamidun yang terpaksa dipendam gara-gara gadis idamannya bersikap berdiam diri. Gosip kemudian terus berlegar mendakwa Hafiz ada hati dengan Heliza Helmi disebabkan pembayangnya ialah gadis itu seorang artis realiti dan pendakwah bebas.

Artikel terdahulu:
Dan kalau benar mereka berjodoh, memang kenalah gayanya sebab nama merekapun ada jodoh iaitu Heliza Helmi & Hafiz Hamidun (HH & HH). Heh.

Klik gambar untuk imej besar




Bagi yang masih tidak tahu, Hafiz baru-baru ini mengakui bahawa dia ada menyuarakan hasrat (melamar + cinta) kepada 'sidia' pada 30 Disember lalu. Kata Hafiz dia tanya bila 'wanita' itu lapang sebab dia nak masuk meminang, tapi tiada sebarang reaksi dan seolah cuba mengelak daripada memberi jawapan.

"Sebab itu saya tak nak dedahkan nama dia dulu sebab takut nanti dia bertambah tertekan pula apabila cerita ini tersebar. Mungkin dia segan atau mungkin sedang buat penilaian, saya cuma harap yang terbaik," kata Hafiz seolah kecewa.



Bagaimanapun, cerita lama kemudian 'terbuka' kembali di laman-laman sembang yang mendakwa Heliza sebenarnya sudah 'terikat' dengan seorang pemuda bernama 'A**** S*****'. Persahabatan rapat mereka sudah bermula sejak mereka berdua berkenalan ketika belajar di kolej matrikulasi yang sama... malah khabarnya 'percintaan' mereka masih utuh sehingga kini.

"Hello! Kebenarannya memang betul A**** S***** tu bf heliza. aku kenal dia. aku tau gak masa capek ni balik kl kakak dia kahwen heliza pun pergi. cuma aku tak dpt nk bg bukti gambar2 ke apa sbb diorg ni mmg pndai sunggoh cover line.



"Tapi teman2 rapat mmg tau sgt.. cuma kdg2 meluat gak sbb bace paper si heliza ni bagai nk rak duk jaja cite dia single n x de masa nk bercinta.. alim sungguh statement.. tp kalau bergayut ngn si capek ni bapak lame x hengat.. kdg2 kesian gak kat si capek ni..hidup dia mcm x keruan gak sbb si liza neh.

"So baguslah kebenaran dh terbongkar.. baik utk capek sekurang2nya heliza x de la ambik kesempatan kt dia.. banyak dh capek ni berabes tuk heliza b4 dia glemer n popular cam skrg… aku doakan diorg ni kawen cepat. elakkan fitnah.



"Sebab diorg slalu gak dating..kalau kt kk tu slalu nmpk muka diorg lagi2 kat 1borneo..budak2 UMS rasanya ramai dh tau," demikian kata seorang hamba Allah melalui laman sembang yang kononnya dipetik daripada email.

Namun kebenaran daripada semua cerita email itu tidaklah diketahui. Mungkin mereka bercerita benar atau sekadar mahu menjatuhkan Heliza. Allahualam.

Keluarga Heliza yang penyayang


Kesimpulannya, majoriti peminat dunia hiburan sekarang sudah tahu akan gossip singkat antara Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun yang diberi 'lampu hijau' untuk berjumpa ibu bapa sekiranya benar-benar ingin melamar. Kata Heliza yang awalnya agak terkejut, kalau 'benar hendak melamar' seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).

"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya 'saya bukanlah' individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen.

Lamar ikut syarie, kata Heliza


"Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan," ujar Heliza sebagai berkata.

Dalam hal ini,  Hafiz kenalah 'gentleman' berjumpa dengan keluarga Heliza sekiranya benar-benar sudah terpikat. Bak kata pepatah, 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'... atau lebih tepatnya, sigadis nampak senyap sahaja, tetapi akhirnya sudah berpunya. Ahak!




VIDEO MENARIK: Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun


No comments: