15 January 2014

KES NAFKAH ANAK - AC MIZAL DIPERINTAH BAYAR RM1,400 SEBULAN



Jika sebelum ini Ac Mizal, 44, atau nama sebenarnya Mizal Zaini hanya membayar sejumlah RM300 untuk nafkah anaknya, semalam Mahkamah Rendah Syariah, Kajang menaikkan jumlah tersebut kepada RM1,400 sebulan.

Artikel terdahulu:
Semuanya selepas bekas isterinya Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan nafkah tersebut bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara Maharaja Lawak Mega itu.





Selain itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.

Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuat kuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.

PEACE YOO..!! Klik gambar untuk imej besar


Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie, Azmi Rais. Bagaimanapun, AC Mizal, gagal hadir apabila dimaklumkan oleh peguamnya, Aishah Din yang anak guamnya itu sedang menjalani penggambaran sehingga Februari.


No comments: