23 January 2014

GEMPAR - NURUL IZZAH ANWAR MOHON FASAKH?



Ini berita lain dari yang lain... bukan artis ataupun pelakon, tetapi selebriti popular dalam bidang politik!

Siapa tidak kenal anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang terkenal dengan kelantangannya membidas kerajaan. Namun terkini, beliau dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya Disember lalu.

Klik gambar untuk size besar




Namun di laman mikro twitter miliknya, Nurul Izzah menafikan pertanyaan mengenai berita tuntutan cerai yang mula tersebar hari ini.

The Star Online dalam laporannya mendedahkan semakan dengan Mahkamah Syariah Jalan Duta mendapati anak Ketua Umum PKR itu memfailkan tuntutan cerai secara fasakh daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim bulan lepas.

Penafian Nurul Izzah melalui Twitter


Sementara portal The Malaysian Insider pula melaporkan Nuruh Izzah enggan mengulas lanjut isu berkenaan ketika ditemui Forum Strategi ASLI ke 16 hari ini.

Difahamkan sebutan kes penceraian sepatutnya pada 20 Januari lepas (Isnin) namun, Raja Ahmad Shahrir dikatakan memohon supaya sebutan tersebut ditangguhkan selama dua minggu.

Raja Ahmad Shahrir dikatakan membantah tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu.

Sebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan dan dikatakan tiada persefahaman merupakan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah ketika membuat tuntutan cerai secara fasakh.

Di bawah undang-undang Syariah, tuntutan penceraian biasanya akan melalui proses Sulh atau kaunseling.

Nurul Izzah, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, dekat sini.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.

Sumber: astroawani 


TERKINI:

KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar




Baca juga:


No comments: