24 January 2014

HAMIL 6 BULAN - 'ANAK LELAKI' BUAT LISDAWATI MAKIN TERUJA



Perut makin besar telah menyebabkan beberapa aktiviti lakonannya terpaksa dirombak bagi disesuaikan dengan jalan cerita. Begitulah perkembangan Lisdawati yang kini hamil enam bulan hingga kandungannya sukar disembunyikan lagi daripada mata penonton.

Artikel terdahulu:
"Disebabkan perkara itu, pihak produksi terpaksa merombak skrip dan apa yang bakal ditonton nanti adalah kandungan sebenar saya," ujarnya tanpa berahsia.

Klik gambar untuk size 895X640




"Saya sudah biasa ketika mengandungkan anak pertama dan kedua dahulu pun saya aktif berlakon sehingga benar-benar keadaan tidak mengizinkan.

"Sekarang ini saya habiskan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan masih menerima tawaran drama yang bersesuaian dengan keadaan saya termasuk mempromosi produk Bio Delima," katanya.

Ketika hadir di perkahwinan Datuk Vida


Bagaimanapun, Lisdawati tidak mahu terlalu gembira meskipun doktor telah mengesahkan bahawa kandungannya adalah bayi lelaki. Katanya, dia hanya berserah dan menerima apa juga jantina yang dikurniakan Allah kepadanya.

"Saya memang inginkan anak lelaki sebab dah ada dua anak perempuan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap kerana takut kecewa,” tambah isteri kepada Fauzi Nawawi itu dipetik sebagai berkata.


Baca juga:



No comments: