25 January 2014

GOSIP - DAVID TEO AKUI ADIB KHALID 'NAK KENAL' NINA ISKANDAR



Pelakon yang berasal dari Brunei, Nina Iskandar diakui oleh Mejar (K) David Teo mahu dikenali oleh anak kedua tokoh usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid bin Mohamad Jiwa iaitu Adib Khalid.

Menurut David, Adib yang juga juga anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza telah menyuarakan sendiri hasratnya untuk berkenalan dengan Nina. Alasan Adib, dia merupakan peminat Nina. Heh.

Klik gambar untuk size besar




"Adib merupakan peminat Nina dan dia sendiri yang meminta saya untuk memperkenalkan Nina kepadanya. Pada mulanya saya pun terperanjat apabila Adib sebut nama Nina, namun saya tumpang gembira kerana walaupun Nina artis baru, sudah ada yang mengingati namanya.

"Saya tiada masalah mengenai hubungan mereka kerana tidak salah jika peminat mahu berjumpa dengan artis kegemaran mereka. Bagi saya, kenal sesama sendiri tiada masalah, tetapi jika secara privasi mungkin akan jadi gosip yang lebih serius. Tapi, kalau dah ada jodoh itu lain cerita," ujar David seolah memberi lampu hijau.



Sementara bagi Nina pula, dia menyangkal bahawa dia dan Adib kini memang berpacaran sebagaimana yang digosipkan. Katanya melalui portal Gua, dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan jejaka itu dan mereka mengenali antara satu sama lain selepas diajak oleh David ke majlis ulang tahun kelahiran Dato’ Siti Nurhaliza.

"Jadi sebagai balasan, bos (David) undang dia untuk datang ke tayangan media filem saya baru-baru ini,” kata Nina yang turut mengaku Adib memang duduk di sebelahnya ketika tayangan filem tersebut.

"Saya anggap isu ini sebagai lumrah apabila menjadi seorang artis. Buat masa ini, saya memang belum ada kekasih kerana mahu menumpukan perhatian dengan kerjaya seni saya terlebih dahulu,” tambah Nina memberi jawapan 'selamat'.

Untuk info, pendedahan David mengenai 'salam perkenalan' itu dibuat berikutan penafian Adib menerusi laman Twitter, di mana Adib menulis seolah-olah menidakkan kenyataan Nina bahawa dia peminat pelakon itu.

Dakwa Adib, dia tidak meminati sesiapa. Ahak!


No comments: