29 January 2014

HAFIZ HAMIDUN BATAL NIAT LAMAR HELIZA HELMI?



Walaupun hanya berkias, namun ada yang merasa sesuatu yang tak kena dengan niat awal Hafiz Hamidun untuk melamar gadis idamannya yang dipercayai Heliza Helmi. Ini kerana, alun percakapan Hafiz dilihat seolah sudah berubah atau lebih tepatnya terdapat 'nada kecewa'.

Artikel terdahulu:
Semuanya terungkai apabila Hafiz menceritakan mengenai single baharunya 'Jodoh Berdua' yang mempunyai mesej untuk mencari pasangan hidup bagi melalui bahtera perkahwinan sehingga ke syurga.

Klik gambar untuk size besar




Dan bila diajukan persoalan double meaning yang terdapat dalam lagu itu, Hafiz mengaku yang lagu tersebut awalnya disimpan untuk majlis perkahwinannya.

"Sebenarnya saya memang ada berangan nak jadikan lagu ni sebagai lagu semasa hari perkahwinan saya nanti.

Hafiz sering 'berdouble meaning'


"Tapi masanya belum sampai lagi. Saya belum jumpa jodoh yang bersesuaian," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tontonan video muzik itu yang mencecah lebih 100,000 tontonan pada lima hari pertama dan mencecah 200,000 tontonan setelah tiga minggu berada di YouTube sedikit sebanyak mengubat hatinya.

Harap banyak bersabar ya Hafiz... kalau dah jodoh tak ke mana. Tak gitu?


No comments: