20 January 2014

KAHWIN BUKAN LAGI KEUTAMAAN NORA DANISH



Meskipun pelbagai gosip mengatakan Nora Danish dan Nedim Nazri hangat bercinta, namun kahwin bukanlah keutamaan Nora sekarang. Katanya, dia mahu sedikit ruang bagi mengenali hati budi antara satu sama lain terlebih dulu.

Artikel terdahulu:
Malah kata Nora, gosip yang mengatakan dia dan Nedim melakukan perkara tidak elok adalah tidak benar. Menurut pelakon itu, mereka berdua tidaklah seteruk yang disangka oleh orang ramai termasuk isu bercuti bersama ke luar negara.





“Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya. Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu," ujar Nora kepada Berita Harian.

"Saya sebenarnya malas untuk melayan kata kata negatif yang sering dilemparkan kepada kami melalui Instagram, namun ada masanya kesabaran saya tetap teruji dan akan mempertahankan maruah saya," tambahnya.





Lihat juga:



No comments: