21 January 2014

CUMBU DENGAN EMMA - ZIZAN ANGGAP KELAKAR



Gosip liar yang mendakwa Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu dianggap kelakar oleh Zizan kerana ia tidak benar sama sekali. Malah kata Zizan, isu itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke luar negara turut disertai pengurus dan beberapa krew penggambaran.

Artikel terdahulu:
"Nama pun gosip, dan pada saya ia kedengaran kelakar," ujar Zizan.

Klik gambar untuk size 700X535




Untuk info, semalam Utusan mengetengahkan gosip panas kononnya Zizan dan Emma bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Meskipun pada awalnya Zizan enggan mengulas isu tersebut kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia, namun akhirnya dia terpaksa buka mulut untuk mempertahankan diri.

Zizan, Emma & rakan ketika di USA


"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.

"Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis," ujar Zizan dipetik sebagai berkata pada mStar semalam.

Bagaimanapun, Zizan tidak mahu menunding jari pada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi. Malah dia juga tidak berkecil hati dengan laporan Utusan itu kerana dia faham pihak media hanya menjalankan tugas.

"Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan 'wartawan' hanya menjalankan tugas mereka," tambahnya.

Sementara komen Emma pula, katanya sepanjang perjalanan mereka mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat. Mungkin disebabkan itu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya 'terlentok' ke bahu Zizan. Heh.

"Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka tapi tidak pula keluar cerita.

"Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi yang kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman," kata Emma.

Dia turut menyatakan yang dia merasa sedih apabila cerita itu dikeluarkan terlebih dahulu tanpa bertanyakan dahulu kepada empunya badan. Namun begitu, sebagaimana Zizan... Emma juga tidak mahu melatah disebabkan gosip tersebut.


No comments: