17 January 2014

KAHWIN KALI KEDUA - AIDIL ZAFUAN DIRESTUI KELUARGA



"Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema. Itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin," demikian kata pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Artikel terdahulu:
Tambah Aidil, dia tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Kalau tiada aral melintang, dia dan Zarema akan berkahwin dalam Mac depan meskipun tarikh perkahwinan sebenar belum ditetapkan.

Klik gambar untuk imej besar




"Saya berharap perkahwinan kedua ini akan kekal selamanya dan pada masa sama saya ingin mengubah diri menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

"Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik.

"Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya sebagai berkata kepada MStar.

Untuk rekod, Aidil sebelum ini telah bercerai talak satu dengan Rita Rudaini pada September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Semuanya gara-gara lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos tahun yang sama.

Terdahulu, pada 2008, mereka telah bernikah di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki hingga menimbulkan masalah.


Baca juga:


No comments: