14 January 2014

POPULARITI MELAWAK - JEPP SEPAHTU 'DILAMAR' RAMAI WANITA



Bukan syok sendiri, tetapi itulah hakikat jadi pelawak popular seperti Jepp Sepahtu yang menjadi idaman ramai wanita. Tanpa segan silu, mereka telah meluahkan isi hati mereka kepada Jepp, 29, untuk menjadi isteri sekiranya Jepp setuju.

Artikel terdahulu:
"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," kata Jepp berhati-hati.

Klik gambar untuk imej besar




Tambah pelawak yang kumpulannya kini hampir pasti melayakkan diri ke Final Maharaja Lawak Mega 2014 itu, kebanyakan yang melamarnya adalah menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat. Namun atas sikap profesional, dia tidak membalas permintaan itu disebabkan mahu menjaga hati mereka agar tidak terluka.

Selain dirisik menjadi suami, Jepp turut meluahkan rasa kesal terhadap sebuah laporan akhbar (ruangan pojok) yang mendakwa dia mula bangga diri. Lebih menyakitkan hatinya, dia juga dituduh sering melukakan hati ahli kumpulannya yang lain iaitu Shuib dan Rahman.



"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan ahli kumpulan saya.

"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan?



"Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu.

"Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya dipetik melalui MStar.




No comments: