23 January 2014

SEJENAK - YANA SAMSUDIN TAK MENGAKU 'BUAT HIDUNG'



Update - dikemaskini:

Usianya sudah 29 tahun, dan tahun ini katanya adalah tahun terbaik untuk dia menamatkan zaman bujang. Siapa lagi kalau bukan Yana Samsudin, pelakon berbakat yang sudah lima tahun digosip 'bercinta' dengan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari.

Namun bukan soal cinta yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai isu hangat yang mendakwa Yana melakukan pembedahan plastik dihidung. Iyalah, bila dah bedah... nanti hidung mancung bak seludang. Silap-silap pandang, macam pelakon Hindustan pun ada. Ahak!

Klik gambar untuk size 800X565




Dan bila ditanya secara jujur apakah benar dia tidak melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, Yana hanya mengangguk. Namun pinta Yana, dia berharap agar isu tersebut tidak dibangkitkan lagi selepas ini. Mungkin malu agaknya!

Selain hidung, Yana bagaimanapun mengaku dia ada meratakan gigi serta memutihkannya. Waahhh... kelas Yana!

Yana dan Fadzil - lima tahun 'teman tapi mesra'


"Saya mengaku saya melakukan sesuatu pada gigi saya di mana saya ratakan serta putihkan gigi saya. Bila buat gigi, saya kena jaga pemakanan dan tidak dinafikan berat badan saya turun mendadak," ujar Yana dipetik sebagai berkata.

Selanjutnya tentang kononnya dia mengalami kecederaan akibat jatuh sewaktu penggambaran di Cape Town, Afrika Selatan, hingga melibatkan bahagian wajah, Yana enggan mengulas lanjut.

"Kecederaan yang saya alami memang agak serius. Tapi tidaklah sampai masuk hospital. Saya terpaksa merahsiakan kecederaan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada rahsia syarikat," jelasnya yang masih mahu berahsia.

Mungkin agaknya Yana cedera dihidung khot? Heh.


Baca juga:



No comments: