23 January 2014

ISU MENGANDUNG LEWAT - ANAK DIDIE ALIAS TERKEJUT, MENANGIS 'DAPAT' ADIK



"Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik," kata pelakon dan pelawak, Didie Alias mengenai anak lelakinya yang tersangat gembira dengan berita kehamilannya.

Artikel terdahulu:
Menurut Didie, 41, anaknya Muhammad Daniel, 19, awalnya tidak tahu yang dia sedang mengandung tiga bulan. Bila rahsia tersebut diketahuinya, dia mengalirkan air mata kerana tidak menyangka akan mendapat seorang lagi adik.

Klik gambar untuk size 699X612




"Saya pada mulanya tidak memberitahu dia tentang keadaan saya tetapi apabila dia pulang bercuti dari universiti, saya tutup matanya dan meletakkan tangannya di perut saya," ujar Didie yang sengaja memberi kejutan untuk Daniel.

Kata Didie, jika diizinkan Allah, anaknya amat berharap dia akan mendapat adik lelaki sebagai temannya pada masa hadapan.



"Bagaimanapun, saya tidak kisah tentang jantina anak tetapi mengharapkan kandungan ini selamat tanpa sebarang masalah.

"Pada usia saya sekarang risikonya banyak dan saya perlu lebih berhati-hati agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Imbas: Gambar keluarga Didie pada tahun 2012


"Bagaimanapun setakat ini semuanya berjalan lancar dan sentiasa mengikut arahan doktor," tambahnya yang setakat ini dilarang oleh anak-anaknya melakukan kerja-kerja berat.

Terdahulu, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammed Ali berkata, dia sangat bersyukur rezekinya makin bertambah sejak mengandung. Malah tanpa diduga juga, dia mendapat tawaran berlakon daripada penerbit dan pengarah terkenal, Khabir Bhatia.

"Saya cukup terharu kerana sudah lama mengimpikan untuk bekerja di bawah arahannya dan sudah tentu tidak akan menolak. Ini dinamakan rezeki anak," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Mstar Online.


Baca juga:



No comments: