06 February 2014

4 GAMBAR - KEMESRAAN ASHRAF MUSLIM BERSAMA 2 ISTERI



Rasanya baru sahaja isteri kedua Ashraf Muslim, iaitu Wan Sakinah menunjukkan foto perutnya yang hamil 7 bulan dan menjelaskan isu tersebut yang menimbulkan kemarahan ramai pihak. Terkini... giliran Ashraf pula memuat naik gambar mesranya bersama kedua-dua isteri. Heh.

Artikel terdahulu:

Menurut Ashraf melalui laman sosialnya, kedua dua isterinya itu telah menghantar dia ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

Klik gambar untuk size besar




"Saya akan bertolak ke Tanah Suci sebentar lagi. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yang ku sayangi. Saya sayang kamu berdua. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. Allah akan sentiasa bersama kita.

"Lagi banyak dugaan lagi dekat kita dengan Allah. InsyaAllah Allah akan dengar doa kita untuk menjadi lebih baik. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah.. Terimalah aku dan isteri-isteri ku menjadi hambaMu yang 'Special' disisiMu. InsyaAllah," jelas Ashraf seolah menggambarkan yang mereka bertiga sememangnya hidup harmoni.

Jika benar begitu... Alhamdulillah.








         ________________________



No comments: