06 February 2014

LEPAS PERGI UMRAH - JOHAN RL TAK TERUJA ANUGERAH



Mungkin setelah menunaikan umrah dan mendapat peluang mengucup Hajarul Aswad, membuat pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau Johan Raja Lawak sudah tidak peduli dengan sebarang anugerah terutamanya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013).

Artikel terdahulu:

Malah kalau menang, kata Johan dia sanggup menolak dan menyerahkan anugerah tersebut kepada pelawak lain contohnya Ebby Yus yang memiliki bakat besar.

Klik gambar untuk size besar




"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulah gentleman sikit.

"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon dan baru tercalon bagi kategori itu," katanya seolah memberi peluang kepada rakan lain.

Johan ketika mengerjakan umrah


Terdahulu, ketika bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya baru-baru ini, Johan bersyukur kerana segala urusannya di Tanah Suci dipermudahkan Allah.

"Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad. Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri dan keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," ujar Johan dipetik sebagai berkata.


         ________________________



No comments: