05 February 2014

FORTEEN GEGAR LIVE CENTER 29 MAC 2014



Buat pertama kalinya, Kumpulan Forteen akan mengadakan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29 Mac depan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Artikel terdahulu:
Konsert tersebut merupakan penghargaan kepada peminat Forteen setelah genap tiga tahun mereka berada dalam industri seni tanah air.

Klik gambar untuk size besar




"Ini merupakan konsert pertama kami dan banyak kejutan yang dirancang untuk dilakukan pada hari tersebut.

"Buat masa ini kami sibuk dengan latihan persediaan dan akan menyanyikan sebanyak 15 buah lagu," ujar Izzue Islam selaku penyanyi utama kumpulan itu.

Tambahnya, dia menganggap peluang menjadi vokal utama dalam single baharu kumpulan Forteen berjudul Tidak Pernah Berjumpa membuktikan dia boleh menyanyi dan bukan sekadar tempelan.



Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam, 24, berkata, setiap lagu yang dicipta untuk dinyanyikan oleh ahli kumpulan tersebut sebelum ini dipilih mengikut keistimewaan vokal masing-masing.

"Lagu-lagu sebelum ini lebih sesuai dengan suara anggota kumpulan yang lain, jadi mereka menjadi suara utama untuk lagu tersebut.

"Ia bukan bermakna kehadiran saya dalam kumpulan tersebut hanya sebagai tempelan atau penyanyi suara belakang sahaja, cuma ketika itu suara mereka lebih bersesuaian.

"Selepas lagu Tidak Pernah Berjumpa ini siap, komposer Edry Abdul Halim menganggap suara saya lebih sesuai untuk menjadi suara utama," katanya.

Selain itu, Izzue turut menafikan tuduhan ahli kumpulan tersebut tidak mampu menyanyi secara 'live' di depan umum.

Tambahnya, Forteen telah beberapa kali membuktikan keupayaan mereka menyanyi secara langsung dengan baik di beberapa acara hiburan.

"Tiada isu bahawa kami tidak boleh menyanyi kerana Forteen sendiri tidak pernah menyanyi secara 'miming' pada setiap persembahan.

"Bagi saya, sesiapa yang berkata begitu disebabkan mereka tidak pernah melihat kami melakukan persembahan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Bagaimanapun, Izzue mengakui mereka perlu sentiasa belajar teknik vokal yang betul bagi meningkatkan prestasi persembahan kumpulan tersebut.

Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan itu, tiket dijual dengan harga RM80 boleh didapati dengan menghubungi hotline United Studios di talian 03-8320-1888, KL Live 03-2162-2570 dan di Redbox Ria 03-2145-7788.


         ________________________



No comments: